Sharnaaz Ahmad Lerai Segala Spekulasi, Foto Sanding Atas Pelamin Rupanya… “Yang Ditunggu-Tunggu Telah Tiba”

Pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil meleraikan segala spekulasi berkenaan dirinya sudah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Amelia Christie Lim.

Terdahulu, Sharnaaz tampil memuat naik fotonya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru muda bersama anaknya, Jebat Jayden di atas pelamin dengan seorang wanita.

Namun, foto tersebut telah dipadam selepas beberapa minit dimuat naik di Instagram, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedondon Biru Atas Pelamin, Letak Hashtag #MamuKenaGari… Sharnaaz Ahmad Dah Bertunang?

Enggan perkara tersebut terus menjadi tanda tanya, Sharnaaz tampil berkongsi video penuh momen bahagia itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, majlis yang menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sejak semalam itu rupanya hanyalah gimik untuk mempromosikan produk detox yang diamalkannya.

“Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Maaf ya,” tulisnya.

Lebih mencuri perhatian, pelakon itu juga sempat berkongsi bakat lakonan anak bujangnya, Jebat yang mencuit hati ramai.

“Kesian baba. Bila nak jumpa awek baba yang betul-betul ni?,” katanya.

Fatin Nurain