Izara Aishah Kongsi Tips Istiqamah Kepada Peminat – “Tak Kuat Pun Pakai Je, Memang Iman Tu Naik Turun”

Pelakon Izara Aishah tampil berkongsi tips untuk kekal istiqamah selepas dihujani pelbagai komen dalam kalangan peminatnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Izara telah memberikan nasihat dan tips tersebut ketika membuat live selepas salah seorang peminatnya memaklumkan dirinya berhasrat untuk bertudung.

Malah, individu tersebut turut menyatakan kebimbangannya untuk berhijab kerana takut tidak kuat untuk terus istiqamah.

“Takpalah tak kuat pun pakai je. Nak buka, buka. Nak pakai, pakai. Tapi masa pakai tu pahala tu, uish! Saya sejak pakai tudung ni saya punya rezeki, Masha-Allah tak tahu nak cakap macam mana.

“Tapi memanglah iman tu naik turun, takpe. Lama-lama saya rasa kuat tau. Lama-lama akan rasa sendiri yang kini ni nak tutup,” katanya.

Izara turut menyatakan dia mula sedar dan ingin kekal berhijab selepas terbaca ayat Al-Quran yang menyeru kaum wanita untuk menutup aurat.

“Saya tutup sebab saya jumpa ayat dalam Al-Quran yang Allah suruh tutup. Sebelum ni saya macam whatever. Saya dibesarkan dengan keluarga yang moden tapi beragama.

“Dia moden tapi sembahyang tak tinggal tapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Bila umur dah meningkat  semua keluarga saya pakai, saya pun pakailah. Sebab bila usia dah meningkat kita akan sedar sendiri.

“Takpa jangan risau, minta doa banyak-banyak, Allah will guide you,” katanya.

@user637484748 cantik nya Izara, soft spoken MashaAllah 🤍 #izaraaishah #izaraworld ♬ original sound – user6374

Fatin Nurain