[VIDEO] “Macam Tu Je Dia Nyanyi? Effortless Tapi Tetap Sedap!”- Bikin Meremang! Netizen Puji Nyanyian ‘Sial’ Ernie Zakri

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel bukan sahaja sering menghiburkan peminat dengan telatah mereka, malah pasangan ini juga dilihat rajin membalas komen serta permintaan peminat di platform berkenaan.

Menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat itu, Syamel sempat membacakan permintaan peminat yang mahukan Ernie menyanyikan lagu Sial dari Mahalini,  namun cara Syamel membacakan soalan tersebut seolah-olah memberi maksud yang berbeza.

Bagaimanapun, Ernie yang berada disamping suaminya tampil membetulkan maksud soalan yang diberikan.

“Abang Syamel dan Kak Ninie nak request lagu, sial! Apa ni?

“Eh, sayang dia nak lagu Sial tu… dia bukan maki sayang okay,” katanya.

Lebih mencuri perhatian, Ernie tanpa berlengah terus menyanyikan lagu tersebut sebaik sahaja memberikan penjelasan kepada suaminya.

Tindakan spontan Ernie itu sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan bakat nyanyian pelantun lagu Ku Bersuara itu sebagai anugerah luar biasa yang diberikan Tuhan.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 3 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel bukan sahaja sering menghiburkan peminat dengan telatah mereka, malah pasangan ini juga dilihat rajin membalas komen serta permintaan peminat di platform berkenaan.

Menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat itu, Syamel sempat membacakan permintaan peminat yang mahukan Ernie menyanyikan lagu Sial dari Mahalini,  namun cara Syamel membacakan soalan tersebut seolah-olah memberi maksud yang berbeza.

Bagaimanapun, Ernie yang berada disamping suaminya tampil membetulkan maksud soalan yang diberikan.

“Abang Syamel dan Kak Ninie nak request lagu, sial! Apa ni?

“Eh, sayang dia nak lagu Sial tu… dia bukan maki sayang okay,” katanya.

Lebih mencuri perhatian, Ernie tanpa berlengah terus menyanyikan lagu tersebut sebaik sahaja memberikan penjelasan kepada suaminya.

Tindakan spontan Ernie itu sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan bakat nyanyian pelantun lagu Ku Bersuara itu sebagai anugerah luar biasa yang diberikan Tuhan.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 3 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Salma Syahbuddin