Izreen Azminda Bersyukur Kerana Masih Laku?

Selepas diserang bertubi-tubi dengan segala tohmahan yang dilemparkan semenjak beliau mengakui telah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid. Akhirnya Izreen kemabali dengan semangat baru apabila beliau terkejut masih mendapat tawaran sebagai duta produk.

Namun, bagi Izreen sendiri tawaran yang datang setelah beliau dihimpit kontroversi sejak November lepas dianggap sebagai rezeki dan beliau tidak mahu sama-sekali mengambil peduli cakap-cakap orang disekeliling beliau.

“Saya bertanya banyak kali kepada pengasasnya, Azura Baharudin mengenai tawaran yang diberikan kerana saya tidak mahu kontroversi memberi kesan kepada perniagaan mereka. Namun, pihak mereka kata okey dan menjelaskan bahawa kontroversi tersebut sudah pun berlalu dan hidup perlu diteruskan. Allah lebih mengetahui segalanya dan saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan” Jelasnya

Bagi Izreen, beliau harus memandang kehadapan dan apa yang terjadi sebelum ini langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Salma Syahbuddin