Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Penyanyi Izzue Islam dan kumpulan Forteen, baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul, Noktah Epilog Cinta, selepas hampir enam tahun menyepi.

Penyatuan semula ahli kumpulan itu menerusi kolaborasi tersebut sekali gus menjadi buah tangan buat peminat mereka yang rindu melihat mereka bersatu kembali.

Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue telah memuat naik potongan muzik video lagu terbaharu mereka itu.

@izzueislam rindu? 🫀♥️ #noktahepilogcinta ♬ Noktah Epilog Cinta – Forteen & Izzue Islam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja dan kagum dengan penyatuan semula kumpulan itu.

Sekadar info, Izzue merupakan bekas ahli anggota kumpulan Forteen yang turut dianggotai oleh Ariz Lufias, One Sharifuddin dan Ameerais Azhar.

Sebelum ini, nama mereka mula melonjak naik bahkan menjadi kegilaan ramai wanita menerusi lagu Berdua Bersatu.Penyanyi Izzue Islam dan kumpulan Forteen, baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul, Noktah Epilog Cinta, selepas hampir enam tahun menyepi.

Penyatuan semula ahli kumpulan itu menerusi kolaborasi tersebut sekali gus menjadi buah tangan buat peminat mereka yang rindu melihat mereka bersatu kembali.

Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue telah memuat naik potongan muzik video lagu terbaharu mereka itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja dan kagum dengan penyatuan semula kumpulan itu.

Sekadar info, Izzue merupakan bekas ahli anggota kumpulan Forteen yang turut dianggotai oleh Ariz Lufias, One Sharifuddin dan Ameerais Azhar.

Sebelum ini, nama mereka mula melonjak naik bahkan menjadi kegilaan ramai wanita menerusi lagu Berdua Bersatu.

Fatin Nurain