Jaafar Onn Meninggal Dunia

Artis veteran Jaafar Onn dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sebentar tadi.

Terdahulu, pelakon yang pernah membintangi siri Cili Padi sekitar tahun 90-an itu dikhabarkan berada di zon kritikal selepas mengesan darah ketika membuang air besar, pada malam Isnin.

Berdasarkan laporan anak angkatnya yang dikenali sebagai Hanif, bacaan hemoglobin dan tekanan darah aktor itu juga sangat rendah sebelum dia dibawa ke hospital berkenaan, kelmarin.

Hanif juga memaklumkan bahawa Jaafar tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum mengalami najis berdarah kecuali dia hanya mengalami sakit perut sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

 

 

Fatin Nurain