Selepas Bekas Suami Disondol, Rossa Sera Pula Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang? – “1 Malaysia Kena Tipu, Patutlah Sorok Muka!”

Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera didakwa bercinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang individu wanita menerusi beberapa hantaran di Instagramnya.

Dedah wanita itu, Sera telah diberi beberapa peluang untuk tidak lagi berhubungan dengan lelaki itu namun masih mengganggu.

Malah, wanita itu juga mendedahkan bahawa mereka berhubung secara diam-diam menerusi aplikasi permainan video.

Tambah, wanita itu juga mendedahkan lelaki yang dikenali sebagai ‘Mr H’ didakwa telah bertunang dengan Sera adalah propa semata.

Lebih parah, wanita tersebut turut mendedahkan bahawa isteri lelaki itu telah membuat tuntutan cerai.

Pada hantaran itu juga, individu tersebut turut mendedahkan sebuah video sebagai bukti.

Terdahulu, Sera pernah memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya memakai pakaian sedondon di atas pelamin dengan seorang lelaki namun identitinya tidak didedahkan.

Atiqah Johari