#AnggunLife : Jadi Duta Pelbagai Jenama, Amyra Rosli Makin Selesa

Pelakon Amyra Rosli memberitahu dia tiada masalah bergelar duta kepada beberapa jenama malah selesa dengan tawaran berkenaan.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menganggap tawaran yang datang sebagai rezekinya sekeluarga.

“ Saya seronok mendapat pengalaman dan bekerja dengan beberapa syarikat ternama yang sudi mengambil saya sebagai duta.

“ Nak kata susah bergelar duta tidak juga. Malah lebih senang daripada menjalani penggambaran drama. 

“ Penggambaran untuk produk hanya beberapa jam cuma sebagai duta saya diperlukan turun padang untuk sesi bertemu peminat,” katanya kepada xtra.com.

Antara jenama produk yang melantik Amyra sebagai duta adalah syarikat Prima Valet, Baskin Robbin, Happikiddo dan terbaru festival Anggun Life anjuran Media Prima.

Dalam perkembangan lain, Amyra kini dalam tempoh berehat sebelum memulakan penggambaran drama Nur 2 tidak lama lagi.

SGMS Faida