Jadi Isteri Kedua, Marissa Dania Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Norman Hakim & Abby Abadi?

Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan melibatkan anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang dikatakan telah berkahwin bersama jejaka bernama Aslam secara senyap.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsung di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga dan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan.

Memetik laporan Harian Metro, nama pasangan kekasih ini mula menjadi sebutan selepas timbul dakwaan mengatakan Marissa merupakan penyondol dalam perkahwinan Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Bagaimanapun, Aslam dan Misya telah membuat keputusan untuk kembali rujuk ketika mereka masih dalam edah.

“Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan,” dakwa sumber.

Dedah sumber lagi, Marissa dan Aslam kembali bercinta selepas gosip berkenaan reda dan setelah Aslam mahu rujuk semula bersama Misya.

Sebelum ini, konflik rumah tangga wanita bernama Misya yang merupakan ibu anak dua ini membongkar rumah tangganya diganggu oleh penyondol iaitu Marissa, iaitu anak kepada Abby dan bekas suami, Norman Hakim.

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Bagaimanapun, sehingga kini mesih tiada sebarang respons daripada pihak Norman dan Abby sendiri berhubung dakwaan anak mereka telah berkahwin tanpa pengetahuan mereka di Thailand.

Sumber: HARIAN METRO

Aqilah Paharuzi