IG Almy Nadia Tiba-Tiba Deactivated… Hasrat Sedekah Basikal Tergendala, Fizz Fairuz Kini Berurusan Dengan Pihak Instagram

Pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa bingung apabila akaun Instagram milik isterinya, Datin Almy Nadia tiba-tiba dihapuskan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Fizz Fairuz turut memaklumkan kepada orang ramai yang mempunyai sebarang urusan dengan isterinya perlu berhubung dengannya menerusi Direct Messages (DM).

“Sesiapa ada order barang denga Almy, boleh DM saya ya, IG dia tetiba deactive,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga yakin bahawa Almy tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh Instagram

Memetik laporan mStar, Fizz Fairuz bagaimana pun sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun IG milik isterinya itu dengan pihak Instagram.

“Entahlah tak tahu kenapa, tiada buat benda yang terlarang pun tiba-tiba akaun itu hilang. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak Instagram. Sekarang tengah berurusan dengan ibu pejabat Instagram,” katanya.

Sementara itu, Fizz Fairuz juga menyatakan pesanan barang yang dinyatakan itu adalah basikal yang ingin disedekahkan kepada pengikut Almy.

“Tiada apa pun cuma kami buat sedekah basikal je. Tiba-tiba terus tak aktif IG dia,” jelasnya.

Sumber: mStar

 

Fatin Nurain