6 Bulan Tak Jenguk Anak-Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tak Mahu Ambil Peduli – “Dah Kembali Berkahwin Jadi Mungkin Dia Fikir…”

“Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu,”

Demikiran respons bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan aktor tersebut tidak bertemu anak-anak mereka, Humairah dan Umar selama enam bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Shuhada mendakwa Hafidz seakan tidak mahu mengendahkan atau mengambil berat mengenai anak-anak mereka.

“Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu. Malah sebutan baharu kes hak penjagaan (hadanah) pada 23 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sebelum ini juga dia tidak hadir.

“Saya pun tak tahu apa yang dia nak. Sekarang dia sudah kembali mendirikan rumah tangga, jadi mungkin buat apa dia nak fikir mengenai semua ini.

“Saya harap dia percepatkan segala kes yang berlangsung kerana lagi banyak kes di mahkamah lagi banyak duit keluar.

“Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Shuhada berkata dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kebahagiaan anak-anak kerana tidak mahu mereka terus membesar dalam keadaan terluka.

“Apa yang berlaku selama ini saya turut menyalahkan diri sendiri sehingga emosi anak-anak terganggu. Saya pun tak sanggup melihat anak-anak yang semakin membesar terus sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya nak lihat mereka gembira dengan kehidupan di sekeliling selain nak nikmati hidup bersama-sama,” katanya.

Sebelum ini, Hafidz didakwa telah menumbuk Shuhada sehingga menimbulkan luka kekal di bahagian pipinya.

Pada Selasa, Hafidz tidak adir ke perbicaraan berhubung kes memukul bekas isteri atas alasan tidak cihat.

Artikel Berkaitan: Gigih Naik Bas Dari Perlis, Nurul Shuhada Akur Perbicaraan Ditangguhkan… Harap Hafidz Roshdi Beri Kerjasama

Artikel Berkaitan: Tak Hadir Mahkamah Isu Pukul Bekas Isteri, Netizen Sindir Hafidz Roshdi – “Bila Kahwin Waras, Bila Ada Kes Terus Sakit”

Artikel Berkaitan: Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2019, namun bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

Sumber: HARIAN METRO

Aqilah Paharuzi