“Jalan Itik! Bunyi Cam Kelakar Tapi Berkesan” – Nasihat Netizen Kepada Ika Nabella

Tahun ni ramai betul artis yang menambah status dari ‘isteri’ ke ‘ibu’ contohnya penyanyi, Kaka Azraff dan pelakon, Elfira Loy yang masing-masing melahirkan bayi lelaki sulung mereka. 

Baca:Tahniah Kaka Azraff Timang Bayi Sulung!

Baca: Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Melalui perkongsian dalam akaun instagramnya, pelakon Ika Nabella atau nama penuhnya Ika Nabila binti Abdul Rahim juga nampaknya sudah tidak sabar untuk menatap wajah anak sulungnya, tidak lama lagi. 

“Sekarang berdua. Tak lama lagi bertiga. Setiap hari atas ‘birthing ball‘, yang mereka kata jika kerap ‘bounce’ atas bola tu, boleh mempercepatkan kelahiran.

“Tak sabar nak jumpa anak.  Korang pun mesti macam I kan? Apabila Doktor cakap “Bila-bila masa dari sekarang” rasa macam eh nak beranak esok la please esok la tapi orang kata anak sulung lewat, betul eh?” tulis Ika.

 

Seorang netizen kemudian berkongsi salah satu cara untuk mempercepatkan ‘bukaan jalan’ bagi proses bersalin, iaitu dengan ‘berjalan itik’!

“Kalau nak cepat, rajin buat jalan itik dik..Bunyi cam kelakar..Tapi InshaAllah sangat berkesan untuk cepatkan bukaan jalan,” kongsi netizen itu.

Ika yang berkahwin dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016 kini hanya menanti hari untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka. Semoga semuanya dipermudahkan… 

Del14