Jalani Pembedahan…Zulin Aziz Kecewa Kawan Rapat Tidak Ambil Tahu?

Pengacara Zulin Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan hari ini.

Memetik sebuah entri di Instagram Zulin, dia menjalani pembedahan pada jam 9 pagi ini.

“Assalamualaikum selamat pagi, dah bangun mandi, subuh, ambil gas, kejap lagi jam 9.00 pagi nak masuk bilik bedah.

“Tak pernah, jadi takutnya Allah saja tahu, doa tak berhenti, minta semua doakan..keluarga, sahabat dan anda semua mendoakan, Masya-Allah terima kasih,” tulisnya.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, Zulin meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa individu yang rapat dengannya sebelum ini yang tidak mengambil tahu tentang keadaan dirinya.

“Ada juga yang ku anggap sahabat tapi batang hidung pun tak nampak, ambil tahu pun tidak, bila minta tolong kita baru nak muncul, kecewa rasa, all the best for your career, semoga bahagia,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari pengikutnya termasuk rakan-rakan selebriti. 

Rata-rata mereka mendoakan agar Zulin cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Difahamkan, Zulin sedang menghidap penyakit berkaitan batu hempedu berdasarkan hashtag dalam perkongsiannya sebelum ini.

SGMS Faida