“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Penyanyi Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Adira seakan-akan memberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

“Jangan suka ambil kesempatan atas kebaikan saya.

“Tapi tak apa saya tetap halalkan. Itu mungkin rezeki awak dah,” ulasnya.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran berkenaan mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet.

Terdahulu, Adira nekad untuk berpisah dengan suaminya, Datuk Red dengan alasan tidak ada persefahaman.

Lebih mengejutkan, madunya, Datin Red juga turut memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Sepangor pada 18 Mac 2024.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala, hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama, pasangan itu dikurniakan seramai lima orang cahaya mata.

Salma Syahbuddin