Categories: HiburanSelebriti

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Rasanya khalayak semua dah tahu kan Mac ini bulan yang dinanti-nantikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menimang cahaya mata sulongnya.

Apatah lagi proses bersalin akan dilalui secara pembedahan jadi mungkin ramai yang fikir boleh sahaja pilih mana-mana tarikh yang dikehendaki.

Iya lah… trend orang sekarang kan suka memilih tarikh bila bayi mereka harus lahir. Ada yang nak sama tarikh lahir ibu dan sebagainya.

Tetapi bagi  penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Ramai pulak mulut-mulut ‘Mak Cik Bawang’ yang menyebarkan khabar angin Siti dah bersalin tetapi ternyata itu hanya khabar angin.

Kredit: Instagram Rozi Abdul Razak.

 “Belum… Belum bersalin lagi… Jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni...” begitu jelas pengurus penyanyi Siti, Rozi Abdul Razak seperti dipetik BH Online.

Rozi menulis sedemikian di laman sosial Instagramnya bagi menyangkal dakwaan Siti dah nak bersalin.

Kenyataannya itu turut disertakan dengan sekeping gambar dirinya bersama Siti yang masih tersenyum lawa menanti hari bahagia.

Sebelum ini diberitakan Siti dijangka bersalin anak sulongnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada bulan Mac ini melalui pembedahan memandangkan bayi dikandung adalah melalui kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF).

Jadi netizen dan peminat Siti sabar je lah ya dan doakan Siti selamat bersalin!

SGMS Fas