Categories: Acara

Jumpa Selebriti & Menangi Hadiah Menarik Di Lifestyle Booth Gegaria Fest Ipoh. Kome Jangan Tak Datang Ye!

Orang Ipoh semua! Anda mesti dah pernah dengar tentang Gegaria Fest kan?

Sebelum ini, acara yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan ini pernah diadakan di Shah Alam, Johor Bahru dan Kuantan. Berpuluh ribu orang yang datang!

Orang-orang Ipoh tak perlu risau. Kali ni, Gegaria Fest akan berlangsung di Ipoh pula! Yay!

Pada 24 Mac nanti seawal 8 pagi, jom ramai-ramai serbu Dataran Amanjaya, Meru, untuk enjoy bermacam-macam aktiviti menarik serta jumpa selebriti-selebriti tanah air kegemaran anda.

Antaranya ialah menyertai fitness dance, menjamu selera dengan pelbagai makanan food truck yang disediakan, serta menikmati konsert artis-artis terkenal seperti Bunkface, Masdo, Noh Salleh, Nabila Razali dan SonaOne.

Bukan itu saja! Ada pelbagai booth yang anda boleh check out. Salah satu daripadanya ialah Booth Lifestyle yang akan bermula dari 11 pagi ke 6.30 petang.

Di sini, anda boleh bersuai kenal dengan beberapa selebriti dan social media influencers terkenal seperti Elfira Loy dan Faizdickie.

Mereka bukan saja akan menemui peminat tapi mereka akan memberikan taklimat ringkas tentang topik-topik tersendiri.

Elfira akan bercakap mengenai fesyen dan berkongsi tips-tips tentang kerjaya manakala pelakon Ramona Zamzam pula akan berkongsi topik ‘Mencipta Kandungan Gaya Hidup Untuk Dunia Digital’.

Faizdickie yang Insta-famous pula akan berkongsi pengalamannya dalam menukarkan minat kepada kerjaya; manakala ahli fisioterapi Hanif Shawn akan bercakap tentang topik kesihatan.

Penyanyi cumi-cumi Pematah Hati, Nabila Razali pun ada tau. Nabila akan berkongsi tip fesyen dan paling best pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti bersama selebriti di Booth Lifestyle serta memenangi pelbagai hadiah menarik!

 

Di Gegaria Fest Ipoh ini juga, pengunjung boleh menikmati aktiviti yang bertemakan Jalan-Jalan Cari Makan, “Gegaria Throwback Tunnel” dan juga permainan elektronik serta tradisional.

Menarik, kan? Macam-macam ada! Jangan lepaskan peluang ni tau! Jom ramai-ramai ke Gegaria Fest Ipoh! Layari Facebook GoGegaria dan Instagram GoGegaria untuk update terkini. Jangan lupa juga #KitaOK dan #GoGegaria tau!

Ad Ops