“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian

@iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa

Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya supaya tidak berasa takut akan kehilangan seseorang yang tidak tahu menghargai kerana untuk mengecapi bahagia adalah tanggungjawab diri sendiri.

“Hari ini ramai orang tahu air itu beracun tapi dia tetap minum air itu. Kalau kita dah tahu air itu beracun jangan kita minum nanti kita mati.

“Kalau kita dah tahu persekitaran kita, hubungan yang kita bina tu toxic untuk apa kita bertahan? jangan bertahan untuk dilukakan untuk disakitkan. Hari ni ramai orang yang dah bertahan sebab dia takut kehilangan  sedangkan kehilangan orang yang tak pandai menghargai tu bukanlah satu kerugian untuk kita!

“Tapi satu kerugian besar untuknya yang tak pandai hargai kita, bahagia ni adalah tanggungjawab kita, orang lain tak bertanggungjawab atas hati kita. Kita bertanggungjawab di atas kebahagiaan dan jalan yang kita nak lalu. That’s why pilihlah someone yang boleh menghargai kita dan boleh meletakkan kita di tempat yang selayaknya. Insya-Allah kita akan bahagia,” jelas Iddin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Iddin dan ruangan komen tersebut dibanjiri dengan luahan warganet yang menceritakan pengalaman hubungan mereka yang berada di dalam ‘circle’ yang toksik.

“Alhamdulillah, aku dah buang orang yang tak menghargai diri aku dan usaha aku,” tulis seorang netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 178,000 tontonan dan lebih 28,000 tanda suka.

 

Halimey Zamal