“Jangan Biarkan Mereka Malukan & Jatuhkan Maruah JAWI!” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah menerusi hantaran terkini di Instagram Story memohon agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memandang serius kes melibatkan suaminya, Syamsul Yusof dan isteri kedua, Ira Kazar.

Ia ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan Syamsul Yusof, 39,  apabila menafikan dakwaan bahawa dia sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

Selain itu, pengarah tersohor berkenaan ada menegaskan, bakal menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung kes tersebut.

“Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.

“Dan, Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” jelas Syamsul kepada media pada Rabu.

Justeru, Sarah berkata, memandangkan perkara ini dalam siasatan, maka pihak terlibat khasnya pihak JAWI tidak seharusnya membiarkan pasangan tersebut memalukan serta menjatuhkan maruah JAWI.

Untuk rekod, Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu.

Salma Syahbuddin