Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Pelakon, Fatin Afeefa menyedari namanya menjadi perbualan ramai selepas tular satu dokumen sulit tuntuntan hak penjagaan anak perempuannya, Ive Herra Sophia, 7, yang difailkan oleh bekas suami, Adam Shahz.

Dalam tuntutan tersebut, Fatin didakwa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu serta tidak menghantar anaknya itu ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Tak Bertanggungjawab Sebar Dokumen Tuntutan Mahkamah Adam Shahz, Dakwa Fatin Afeefa Abai Anak?

Terkini, Fatin menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya memuat naik satu kenyataan rasmi dari pihaknya berhubung dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan rasmi tersebut, Fatin meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes itu masih berjalan di mahkamah.

“Oleh kerana prosiding sedang Mahkamah sedang berjalan, semua pihak disarankan untuk tidak membuat sebarang posting, spekulasi, komen, ulasan atau andaian berkenaan kes ini.

“Sebarang posting berkaitan kes ini adalah pramatang dan bersifat berat sebelah kerana kes ini belum diputuskan oleh pihak mahkamah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai pengikut Fatin tampil memberi sokongan moral kepadanya agar kes berjalan lancar.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Fatin telah menghalang Adam untuk berjumpa anak perempuan mereka, Ivy lebih lima bulan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Adam ada berkongsi video di Instagram dan TikTok memaparkan momen manis bersama anaknya, Ivy.

Aqilah Paharuzi