Kekal Profesional… Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad & Jebat Jayden Buat Food Review Bersama

Sikap selebriti popular Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad sekali lagi dipuji oleh warganet selepas melihat gelagat mereka membuat review makanan bersama anak mereka, Jebat Jayden.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz telah memuat naik videonya bersama Nabila yang tenang dan mesra melayan kerenah anak bujang mereka, Jebat yang sedang memasak makanan kegemarannya, Pak Mat Western.

Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz juga sempat mengusik status terkini bekas isterinya, Nabila yang masih menjadi persoalan dalam kalangan ramai.

“Untung Jebat ada mak yang sayang dia.. Macam biasa bila Jebat yang masak, orang lain payah dapat makan lah termasuk lah mak dia.

“Kambing ni sesuai di bulan puasa untuk yang BUJANG!! Mamu singlet, Mummy dia ?? RAHSIAAAAAA 🤣 Pak mat westernn for life!!,” tulisnya.

Biarpun sudah tidak lagi bersama, sikap profesional di antara Nabila dan Sharnaaz demi anak mereka, Jebat telah melahirkan rasa kagum dalam kalangan peminat.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.

Fatin Nurain