Mierul Aiman Kongsi Niat Puasa, Ramai Kata Suara Macam Mail Upin Ipin

Semenjak namanya meningkat naik, apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon Mierul Aiman pasti meraih pelbagai komen mencuit hati dalam kalangan peminatnya.

Terbaharu, Mierul tampil berkongsi video dirinya menyanyikan lagu nasyid niat puasa nyanyian kumpulan Raihan di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Mierul turut kelihatan segak mengenakan songkok dan baju Melayu berona Hijau dari jenama pakaian, Bulan Bintang.

“Ramadhan yang rahmat buat semua! Jangan lupa niat puasa malam ni ok?,” tulisnya.

@mierulaimanx Ramadhan yang rahmat buat semua! Jangan lupa niat puasa malam ni ok? @Bulan Bintang HQ ♬ original sound – Mierul

Menyedari perkara itu, rata-rata pengikutnya mengatakan suaranya persis karakter Mail dalam cerita kartun Upin dan Ipin.

Malah, ada juga yang memuji ketampanan pelakon itu menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain