“Jangan Bimbang Sayang, Sedangkan Lautan Sanggup Ku Renangi…” – Iqbal Zulkefli Respons Warna Kulit Tak Jadi Masalah Demi Inspektor Shiela

Selepas menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan seorang anggota polis dikenali sebagai Inspektor Sheila, pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli sekali lagi menarik perhatian warganet selepas meninggalkan komen di ruangan Facebook portal berita Harian Metro baru-baru ini.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian selepas Inspektor Sheila atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, hairan dengan tindakan Iqbal yang mahu berkenalan dengannya sedangkan dia berkulit gelap dan Iqbal berkulit putih.

“Apa motif dia nak berkenalan? Saya tak kenal dia (secara peribadi), tak tahu dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini mengenai dia dengan Vida (Datuk Seri Vida).

“Setakat ini, saya tiada pula terima DM (kiriman mesej) daripadanya.

“Saya nampak dia putih (berkulit putih) dan saya pula hitam jadi mengapa saya?,” kata Sheila.

Bagaimanapun, Iqbal secara terbuka meluahkan perasaannya menerusi hantaran yang dimuat naik di portal berkenaan dan juga menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya.

Selain itu, Iqbal juga sempat berkongsi aktivitinya di gim susulan kenyataan Sheila sebelum ini yang mahukan lelaki yang ‘fit’ dan tidak gemuk.

“Lelaki itu kena fit (cergas), tak nak yang gemuk kerana bila sudah berkahwina nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam,” kata Sheila.

Terdahulu, Iqbal meluahkan isi hatinya untuk berkenalan dengan Sheila secara lebih dekat kerana percaya wanita itu mempunyai sifat lembut walaupun kelihatan tegas.

 

Sumber: Harian Metro, Instagram

Salma Syahbuddin