“Jangan Ikut Ye, Mencarut Naik Flying Fox.. Lebih Baik Berselawat” – Netizen Label Ratu Over

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian yang mencuit hati penonton.

Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun itu sering tampil dengan kandungan yang kreatif.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang memaparkan video Ratu mencuba aktiviti ‘Flying Fox’ di sebuah resort.

Resort tersebut adalah milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Menerusi entri berdurasi 27 saat itu, Ratu sangat takut sehingga mencarut sepanjang menaiki ‘Flying Fox’.

@sugehresort Jangan ikut macam @IG @ratu__tv ye mencarut naik flying fox #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort

Perwatakan Ratu dalam video tersebut telah membuat ramai warganet berpendapat bahawa tindakan dan perkataan yang keluar dari mulutnya itu terlalu berlebihan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan mereka iaitu lebih baik jika Ratu berselawat berbanding mengeluarkan kata-kata kesat ataupun mencarut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 680 ribu dan menerima lebih 18,000 ribu tanda suka.Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian yang mencuit hati penonton.

Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun itu sering tampil dengan kandungan yang kreatif.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang memaparkan video Ratu mencuba aktiviti ‘Flying Fox’ di sebuah resort.

Resort tersebut adalah milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Menerusi entri berdurasi 27 saat itu, Ratu sangat takut sehingga mencarut sepanjang menaiki ‘Flying Fox’.

Perwatakan Ratu dalam video tersebut telah membuat ramai warganet berpendapat bahawa tindakan dan perkataan yang keluar dari mulutnya itu terlalu berlebihan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan mereka iaitu lebih baik jika Ratu berselawat berbanding mengeluarkan kata-kata kesat ataupun mencarut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 680 ribu dan menerima lebih 18,000 ribu tanda suka.

Dharnieya Nur Amelsa