“Mereka Selalu Cakap Nak Adik Lagi” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Hamil Anak Ketiga

Pelakon Puteri Sarah mencuri perhatian netizen apabila bentuk perutnya yang terlihat seperti ‘baby bump’.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjelaskan dia tidak hamil seperti yang didakwa orang ramai.

Sebaliknya, dia hanya mengalami pertambahan berat badan kerana sedang bahagia menjalani kehidupannya.

“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik,” katanya.

Meninjau diruangan komen, Sarah tampil membalas komen pengikutnya bahawa bentuk badan berisi dan sihat yang dia perlukan.

“Tembam, berisi, badan tegap dan sihat itu yang kita nak,” balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perut Kelihatan Berisi, Netizen Dakwa Puteri Sarah Mengandung Anak Ketiga?

Sumber: Harian Metro

Maya Basir