Didakwa Ugut Client & Langgar Perjanjian, Izara Aishah Cari Individu Sengaja Lempar Fitnah? – “Tak Pernah Buat Perangai Tak Ada Class! Mana Bukti?”

Pelakon versatil, Izara Aishah meluahkan rasa berang terhadap individu yang didakwa telah memfitnah dirinya berhubung memberi layanan buruk kepada klien.

Individu tersebut meninggalkan komen di salah satu ciapan Izara yang tidak bersetuju segelintir pihak mengkritik wajah anak selebriti, Neelofa.

“Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu bayi la lahan*t. May you root in hell,” tulis Izara.

Artikel Berkaitan: “Jijik Dengan Manusia Yang Caci Maki Budak, Moga Reput Di Neraka!” – Izara Aishah Bersuara, Selar Netizen Mulut Puaka

Menerusi ciapan tersebut, individu itu mendakwa Izara telah mengugut klien untuk memadamkan hantaran di Instagram dan disyaki tidak mengikut perjanjian.

“Awak pun sama. Siap ugut client delete posting IG (Instagram) lepas tu tak follow agreement. Tak professional. May you rot in hell too?” tulis individu berkenaan beserta emoji muntah.

Tidak berdiam diri, aktres Vanila Coklat itu bertindak membalas kenyataan individu berkenaan sekaligus minta tampilkan bukti atas dakwaan tersebut.

“Huh? Fitnah apa kau ni pagi-pagi? Cakap la bagi detail?,” tulisnya.

Namun ciapan Izara itu tidak diendahkan oleh individu berkenaan.

Masih tidak berpuas hati, Izara kemudian memuat naik sebuah ciapan lain yang menjelaskan dia tidak pernah membuat perangai dalam industri hiburan seperti didakwa.

“Si bangang ni tiba-tiba nak fitnah pagi-pagi, minta bukti details tak ada. Tak pernah dalam hidup aku buat perangai tak ada class macam ni,” katanya.

Malah, Izara turut dilihat mencari individu berkenaan untuk segera menjelaskan perkara tersebut, namun ciapannya itu telahpun dipadam.

“Apasal kau delete?” ujar Izara yang menyebut tweethandle individu tersebut.

Sehingga kini, masih tiada penjelasan atau permohonan maaf daripada individu itu mengenai tuduhannya terhadap selebriti ini.

Aqilah Paharuzi