“Memang Genetik Lawa-Lawa Rupanya” – Penampilan Sopan Adik Janna Nick Curi Tumpuan Peminat

Pelakon dan penyanyi Janna Nick memuat naik foto menyambut ulang tahun adik perempuannya, Kissya Nick di laman Instagram.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 bersama ahli keluarga di sebuah restoran.

Foto yang memaparkan adik Janna itu telah mengundang bualan ramai warganet yang memuji penampilan sopan Kissya bertudung bersebelahan dengan kakaknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Janna turut meninggalkan ucapan istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish.

Bukan itu sahaja, Janna turut mendoakan adiknya berjaya dalam pelajaran sehingga bakal bergelar seorang doktor suatu hari nanti.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mengambil kesempatan memberi ucapan hari lahir kepada Kissya dan juga mendoakannya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu yang memuji kecantikan Kissya yang tak tumpah seperti kakaknya.

“Memang genetik lawa-lawa rupanya.”

“Siapa ini adik Janna Nick ke? Lawa lah macam kakak dia.”

 

Sumber: Instagram Janna Nick & Kissya Nick

Dharnieya Nur Amelsa