[VIDEO] Kapsyen Hantaran IG Cetus Tanda Tanya Mengenai Status Perkahwinan, Ini Jawapan Sharifah Sakinah! – “Tak Kuasa Lah, Bye”

Pelakon Sharifah Sakinah telah memuat naik satu video di Instagram Stories (IGS) bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai ikatan perkahwinan dengan suaminya, Michael Hansen yang dikatakan telah menemui titik noktah baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi kurang 50 saat itu, Sakinah memaklumkan bahawa dia akan mendedahkan perkara sebenar dan berterima kasih kepada mereka yang mengirim pesanan kepadanya.

“Jadi, terima kasih untuk semua mesej anda dan semua lah tapi saya akan jelaskan perkara sebenar dalam…,” luahnya.

Namun begitu, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33 tidak menerukan penjelasannya dan memaklumkan cukup sekadar berkias bagi menerangkan status terkini perkahwinannya.

“Tak payah lah, macam tu je lah… berkias-kias je lah, tak kuasa lah okay bye,” kata Sakinah.

Semalam, Sakinah ada memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan fotonya bersama suami di dalam kereta.

Namun, kapsyen yang ditinggalkan Sakinah pada hantaran sebelum ini dilihat seperti mereka sudah tidak bersama lagi dan menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Foto Bersama Suami Tapi Status Perkahwinan Sharifah Sakinah Diragui?

Terdahulu, Sakinah telah mengumumkan bahawa telah sah bergelar isteri kepada suaminya, Michael Hansen namun tidak mendedahkan tarikh perkahwinan mereka.

Atiqah Johari