“Jangan Jadi Penunggang Agama, Buat Akaun Tik Tok Fake…” – Mawar Karim Beri Amaran Buat Individu Digelar Munafik

Ahli perniagaan, Mawar Karim sebelum ini pernah terpalit dengan isu kontroversi yang mengatakan dia kini telah muflis kerana gagal membayar pinjaman sebanyak RM720,000 dan turut mendedahkan individu dengan gelaran ‘S’ sebagai dalang disebalik percubaan untuk memalukan dirinya.

Terkini, menerusi hantaran Mawar di akaun Instagram miliknya, beliau meluahkan rasa kesal sekali lagi terhadap individu terbabit yang disifatkannya sebagai munafik.

Jangan jadi penunggang agama

Menurut Mawar, individu tersebut sanggup membuat akaun Tik Tok palsu semata-mata mahu menjatuhkan kehidupan, perniagaannya dan keluarga nya.

Justeru itu, beliau tampil memberi amaran agar tidak menggunakan agama semata-mata untuk kepentingan diri sekaligus mahu berjumpa individu terbabit secara bersemuka di mahkamah.

“Tak perlu gigih upah create TikTok fake account semata-mata nak sabotage life, business, personal, reputation saya, family dan orang yg tiada kaitan.

“Jadi la manusia yang professional, bertauliah. One more jangan jadi penunggang agama or munafik. Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M.

“One day orang akan tahu siapa awak dan apa kegiatan yang awak jalankan. Selama ini saya diam, diugut macam-macam. Kita serah pada pihak berkuasa,” katanya.

Salma Syahbuddin