Netizen Kecewa Emma Maembong Makin Seksi, Pakai Singlet Ketat – “Jangan Sampai Allah Balikkan Hati, Dulu Elok Tutup…”

Pelakon terkenal, Emma Maembong mencetuskan kontroversi setelah memuat naik sekeping video ‘boomerang’ yang memaparkannya berpakaian ‘mencolok mata’ dan seksi.

Dalam video tersebut, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memakai singlet berwarna putih ketat, dipadankan dengan seluar warna merah serta menggayakan rambut tocang panjang berwarna biru.

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman dan kritikan daripada pengikutnya, di mana rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kecewa atas penampilan aktres kegemaran mereka.

Tinjauan di media sosial mendapatai rata-rata pengikutnya meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin mendedahkan bentuk badannya dengan berpakaian seksi.

Mereka turut meluahkan rasa rindu dengan penampilan Emma terdahulu yang manis menutup aurat dengan sempurna.

Di samping itu, ramai dalam kalangan netizen yang sempat menitipkan kata-kata doa untuk Emma agar suatu hari nanti dia akan mendapat hidayah dan belajar menutup aurat semula.

Difahamkan, Emma kini bersama keluarga dan kenalannya sedang berlibur di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, nama aktres berkaliber ini sering kali menerima kritikan berhubung isu pemakaiannya.

Pada 2019, beberapa keping gambar Emma tidak berhijab bersama seorang lelaki tular di media sosial telah mengemparkan peminatnya di mana pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Aqilah Paharuzi