Didakwa Sengaja Menunjuk Duit Raya Anak, Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Kita Tak Perasan Pun, Mulanya Nak..”

Didakwa Sengaja Menunjuk Duit Raya Anak, Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Kita Tak Perasan Pun, Mulanya Nak..”

Selebriti Noor Neelofa mengulas mengenai jumlah duit raya anaknya, Muhammad Bilal yang dikatakan mencecah hingga RM14,020 sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Susulan itu, Neelofa menerima tohmahan yang teruk oleh segelintir netizen yang mendakwanya hanya mahu ‘menunjuk’ dan dianggap riyak.

Membidas dakwaan tersebut, Neelofa tampil menjelaskan bahawa duit raya tersebut adalah satu rezeki kepada putera sulungnya, yang dikirmkan dari ahli keluarganya dan suami, Haris Ismail atau PU Riz.

“Kita tak perasan pun. Awalnya beritahu Haris nak buka bank akaun (untuk anak). Kira-kira… alhamdulillah.

“Yang datang (ziarah) pula kawan-kawan mak kita, kawan dan saudara daripada Kelantan dan Besut pun ada yang kirimkan. Alhamdullilah rezeki,” katanya.

Usahawan berjaya itu berkata demikian dalam satu program hiburan bual bicara yang dihostkan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlien baru-baru ini.

Terdahulu, Neelofa memuat naik sebuah hantaran di akaun TikTok miliknya yang memaparkan dia dan suami, PU Riz sedang mengira duit raya hasil kutipan bersempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen sama ada baik mahupun buruk.

Artikel Berkaitan: Bilal Dapat Duit Raya Lebih RM14,000… Neelofa & PU Riz Syukur Rezeki Anak – “Ada Yang Beri 1000 Dirham, Masya-Allah”

Artikel Berkaitan: #WhazzupNetizen: Neelofa Didakwa Riyak Kongsi Duit Raya Anak, Lucinta Luna Mahu Pindah KL & Penerbangan AirAsia Delayed

Aqilah Paharuzi