Hiburan By: Salma Syahbuddin September 30, 2018 @ 10:00am

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Tengok Selebriti Kita Ni Beraksi!

Jangan lepaskan peluang untuk  menyaksikan siri realiti web terbaharu iaitu Celebrity Fitness Hustle Hunt  yang akan disiarkan disaluran feel it anda ntv7!

Sesuai dengan namanya Celebrity Fitness, program ini akan mengumpulkan beberapa selebriti terkenal tanah air untuk bersaing bersama-sama dalam cabaran kecergasan yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk sama-sama terlibat dalam melakukan cabaran ini.

Menurut Ketua Pemasaran Celebrity Fitness & Fitness First Malaysia, Anusha Segaran berkata, pihak mereka berasa teruja untuk membawa penonton agar sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat melalui rancangan realiti pertama berjudul Hustle Hunt. 

“Kami begitu teruja untuk membawa anda menyaksikan telatah para selebriti dalam rancangan hiburan kecergasan melalui rancangan realiti pertama kami. Hustle Hunt. Selain menghiburkan penonton, Hustle Hunt adalah sebuah rancangan dimana kecergasan tidak perlu membosankan.” Katanya

Program Hustle Hunt menampilkan tokoh personaliti tempatan termasuklah peserta MMA, Peter Davis, Amin Hayat Rahim, Desmond Tey, Jan Chin, Riz Amin, Sangeetha Krishnasamy, Pink Tan, Meer Nash, dan ahli Mad August. 

Selebriti ini akan dibahagikan kepada dua pasukan, iaitu Warrior dan Rebel. Peserta akan diberikan cabaran kecergasan seperti, Mathematics Underwater, Makan & Burn, 3 on 3 Basketball, dan banyak lagi. 

Jadi jangan lupa saksikan Celebrity Fitness Hustle Hunt pada setiap minggu hanya di tonton dan saluran feel it ntv7 anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Events Sat, 17 Nov 2018

Genting’s Arena of Stars Has Brand New World Class Sound System!

Now you can enjoy concerts in the Arena of Stars at a whole new level of awesome.

Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Hiburan Tue, 21 Nov 2023