Selebriti By: Khairil Khusyairi May 27, 2024 @ 2:00pm

Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

Kecoh di media sosial kini apabila seorang ahli akademik, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang merupakan pensyarah kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendakwa seorang ustaz selebriti menyebarkan dakyah bertentangan dengan Islam.

Menerusi tulisan di Facebook (FB), Abu Hafiz meminta semua pihak agar sedar dengan perbuatan ustaz selebriti tersebut yang didakwa banyak menyebarkan cerita dan hadis palsu.

Lebih mengejutkan, Abu Hafiz turut mendakwa ustaz selebriti tersebut pernah ditegur namun tetap tidak berubah.

“Media dan orang awam perlu sedar bahawa Ustaz Selebriti itu sangat kerap merepek dan membaca hadis palsu.

“Bukan sahaja riwayat cinta pertama Nabi SAW. Bahkan berulang kali bawa cerita palsu telaga boleh bercakap dengan ahli neraka.

“Ditegur tetap tak berubah,” dakwa Abu Hafiz.

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial memohon pihak berwajib menyekat dan mengharamkan ustaz selebriti tersebut untuk keluar di mana-mana program.

Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang amat diperlukan bagi membendung perkara tersebut terus merosakkan akidah serta pemikiran umat Islam.

Ustaz Selebriti Ustaz Selebriti Ustaz Selebriti

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

Adoi, nasib baik takde apa-apa jadi wak!

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Opsss…Barang Tiruan Rupanya

Artis Malaysia guna jenama fake /tiruan atau jenama yang asli ?

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Bila Nabila Huda Gelak Tak Ikhlas…

Abil gelak tak ikhlas kat siapa?

Fab Foodies! Tue, 31 Dec 2019

This Jay Chou Endorsed Boba Shop Has Stepped Into Malaysia And It’s Concerning!

It’s not even hard to find! It’s literally in the heart of Kuala Lumpur!