Jangan Lupa Dapatkan Klu #ICSYVMY Seterusnya Dalam…?

Bagi korang peminat setia program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua ini, jangan lupa untuk dapatkan klu seterusnya bermula pada 4 Ogos ini menerusi siaran radio kegemaran korang, di HotFM! 

Selain itu, bagi korang yang terlepas untuk mendengar klu yang diberikan menerusi siaran radio kami, korang  boleh dapatkan klu tersebut menerusi laman sosial TV3 Malaysia okay!

Jadi, buat korang yang telahpun mendapatkan klu pertama dan kedua yang diberikan menerusi siaran program #ICSYVMY #SuaraSiapaTu apalagi, jangan lepaskan peluang untuk korang bawa balik wang tunai sebanyak RM2000!

Korang hanya perlu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan tayangan video berdurasi 30 saat yang telah diberikan pada episod 5 dan episod ke 6 yang lalu. Dan, soalan seterusnya akan menanti korang semua bermula 4 Ogos ini sehingga 11 Ogos ini! So, stay tuned!

Sambil-sambil tu, apa kata kita layan dulu persembahan minggu lepas bersama Siti Sarah dan Skuasy Skuash!

Salma Syahbuddin