Categories: Trending

‘Dia Sebenarnya Hero Tapi..’- Dua Sahabat Terlepas Tuduhan Bunuh Zulfarhan Osman

Kes pembunuhan penuntut UPNM Zulfarhan Osman, hari ini menjadi perbualan ramai di media sosial. Netizen di media sosial rata-ratanya bersyukur dengan keputusan hakim yang mendapati tertuduh bersalah dan diminta membela diri sebelum hukuman akhir dijatuhkan.

Terbaru, seorang tertuduh bernama Mohamad Akmal Akif Alias bersama seorang lagi rakannya iaitu Muhammad Aiman Ausfa, 22 tahun  dibebaskan daripada tuduhan di bawah seksyen 330.

Akmal Akif dan Aiman Ausfa cuba hantar surat layang

Menurut laporan yang dikeluarkan, Akmal Akif dan Aiman Ausfa telah menulis surat layang dalam usaha untuk membantu Zulfarhan Osman mendapatkan pertolongan pada hari kejadian tersebut. Mereka cuba memberitahu jurulatih mengenai keadaan Zulfarhan yang sedang kritikal namun cubaannya digagalkan apabila jurulatih bertindak menyebarkan surat layang tersebut di aplikasi Whatsapp group sehingga diketahui oleh kesemua tertuduh utama.

Berikut merupakan isi surat layang pertama:

“Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ – Hamba Allah”- 

Tindakan Akmal Akif dan Aiman Ausfa menghantar surat layang kedua sekali lagi gagal apabila surat layangnya ditemui penuntut lain. Berikut merupakan isi surat layang kedua: 

“Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman”

Terdahulu, enam penuntut UPNM dan suspek utama kes pembunuhan Zulfarhan Osman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman dengan seterika sehingga menyebabkan kematian pada 22 Mei 2017.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”