‘Jangan Stress Dengan Hal Sama, Just Move On’- Janna Nick Titip Pesan Buat Haneesya

Kontroversi yang melanda Haneesya Hani, gadis yang memenangi gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 nampaknya terus mencuri tumpuan ramai pada masa ini.

Insiden ini turut menarik perhatian pelakon terkenal, Janna Nick. Beliau sempat menitipkan pesan kepada Haneesya agar lebih berhati-hati di masa hadapan memandangkan gadis itu sudah menjadi figura dikenali. 

“ Anggap ini satu pengajaran agar awak menjadi lebih baik di masa hadapan. Jangan tertekan dengan hal yang sama, pandang ke depan dan terus melangkah.

“ Ia akan membuatkan awak lebih tertekan. Saya juga harap hal ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya di laman Instagram.

Janna turut berharap Haneesya terus diberikan kekuatan dan meminta gadis itu berhati-hati dengan keadaan sekeliling. 

“ Jangan mudah mempercayai orang lain. Pastikan anda dikelilingi orang yang baik-baik,” katanya.

Semalam, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya ditarik balik selepas gambarnya berparti bersama rakan-rakan di kelab malam tersebar.

SGMS Faida

Recent Posts