#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Penyanyi Siti Sarah mengakui berdebar untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 33 pada 3 Februari ini.

Sarah yang bakal membawa lagu Semakin pada hari itu nanti memaklumkan sudah melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal.

“ Buat masa ini Sarah tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi bagi memberi ruang untuk pentas final AJL. Sarah akui jadual harian juga turut berubah termasuklah waktu tidur dan makan.

“ Semuanya perlu dikawal baik agar tidak pancit pada hari itu nanti. Sarah berharap agar kesihatan berada dalam keadaan baik,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, Sarah memaklumkan tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan finalis lagu yang bertanding semua memiliki kekuatan tersendiri.

“ Menang atau tidak, itu bukan keutamaan saya kali ini. Kalau Allah sudah menetapkan trofi itu milik saya, saya terima dengan hati yang bersyukur. Tetapi kalau bukan milik saya, saya tetap terima dengan hati terbuka.

“ Saya percaya kepada ketentuan rezeki. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang,” katanya.

Sarah bakal membawakan lagu Semakin ciptaan suaminya sendiri iaitu pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.

SGMS Faida