“Jangan Tokok Tambah Cerita” – Zarina Anjoulie Nafi Dakwaan Dedah Kekasih Baru

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan hangat di laman sosial apabila ada individu lelaki memuat naik foto mesra bersamanya.

Gara-gara foto tersebut, ramai warganet beranggapan bahawa individu lelaki tersebut adalah kekasihnya.

Namun begitu, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju menegaskan bahawa dia tidak pernah mendedahkan apa-apa mengenai individu itu selepas sebuah portal hiburan mendakwanya berbuat sedemikian.

Malah, Anju juga meminta untuk tidak sewenang-wenangnya menokok tambah cerita mengenai hal tersebut menerusi Instagram Storiesnya (IGS).

“Saya tak pernah dedah apa-apa pasal dia (selain share gambar dia di IG saya).

“Please jangan tokok tambah cerita. Thank you,” tulis Anju ringkas.

Terdahulu, ada dua individu lelaki berbeza memuat naik foto mesra bersama Anju sehingga ramai yang bersangka mereka mempunya hubungan istimewa.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Berpelukan Bersama, Individu Lelaki Ini Dakwa Zarina Anjoulie Bakal Isterinya? – “Doakan Hubungan Kami”

Artikel Berkaitan: Selepas Tular Foto Mesra Di Twitter, Individu Lelaki Lain Pula Kongsi Foto Bersama Zarina Anjoulie?

Atiqah Johari