Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bagi cahaya mata mereka yang kelima.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia redha dengan ujian yang melanda dirinya dan isteri.

Selain itu, Ebit memohon doa orang ramai agar isterinya kembali sihat.

“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran.

“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang. Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu.

“I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar isterinya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka.

“Innalilahi wa innailaihi rojiun. Moga selalu di berikan kesabaran serta ketabahan yang kuat buat Pak Ustaz Ebit Lew dan isteri. Amin ya rabbal’alamin.

“Syafakillah buat isteri ustaz. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Semoga cepat sihat isteri ustaz. Semoga Allah hadiahkan takdir yang indah selepas ini,” komen netizen.

-insert comments-

Maya Basir