Janna Nick Alami Keradangan Kronik, Kini Dalam Fasa Pemulihan

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Janna Nick memaklumkan dia kini dalam fasa pemulihan selepas dilaporkan mengalami keradangan kronik yang dipanggil Sigmoid Colitis.

Perkara itu dimaklumkan Janna menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menurutnya, dia kini sudah dibenarkan keluar dari hospital dan masih berada dalam fasa pemulihan.

“Discharge, but still recovering,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Janna kelihatan terbaring sambil keadaan darah dan oksigennya dipantau oleh pihak hospital.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut aktres ini menitipkan doa agar Janna diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, penyakit Sigmoid Colitis atau Proctosigmoiditis merupakan penyakit keradangan kronik dalam kolon seperti kolitis ulseratif.

Keradangan ini terjadi akibat daripada tindak balas imun badan.

Salma Syahbuddin