Janna Nick, Sakinah DiKritik dan DiKecam Oleh Netizen Pasal Kpop

Kematian penyanyi utama kumpulan Kpop, Kim Jonghyun, rakyat Malaysia antara yang turut bersedih dengan berita itu. Bagaimanapun, Sharifah Sakinah dan Janna Nick dikecam hebat apabila dikatakan menghina kematian penyanyi itu.

Menerusi Instastory, Sakinah yang sedang menemani Janna di salon bergurau mengenai penyanyi itu yang sudah meninggal dunia. Gurauan itu turut disambut dengan reaksi Janna yang secara spontan ketawa mengenainya.

Berikutan itu, ramai mula memuat naik reaksi tidak puas hati dengan dua pelakon itu di laman Twitter. Bagi mereka, tindakan Sakinah dan Janna seolah tidak menghormati si mati yang mengalami kemurungan. Janna sempat meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan tanpa sengaja

SGMS Enal