Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick sekali lagi menerima kritikan dan komen berunsur lucah selepas memuat naik foto terkini di laman instagramnya pada Rabu.

Menerusi hantaran tersebut, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, sempat menulis kapsyen nakal di foto berkenaan.

“Nyamuk gigit betis saya. Tolong buat pangkah boleh?” tulisnya.

Dan seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu kini mendapat lebih 31,000 komen yang rata-ratanya mengutuk penampilan aktres itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat meninggalkan komen berbentuk lucah di foto berkenaan.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Janna Nick terpalit dengan isu sama bahkan sebelum ini juga beliau mendakwa pernah menerima pesanan langsung (DM) berupa gambar ‘siput sedut’ dan mesej berbaur lucah yang lebih teruk.

Namun, menurut pelantun lagu Gatal ini, apa yang penting adalah bersikap lebih matang serta tidak mempedulikan perkara tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Hasil Kerja Saya Dari Duit Haram Ke?” – Netizen Pertikai Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Yakin Saya Boleh Menyanyi” – Muncul Dengan Single Gatal, Janna Nick Sedia Terima Kecaman

ARTIKEL BERKAITAN:“Wife Cantik Macam Janna Nick” – Kejelitaan Isteri & Anak Yassin Senario Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN:“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

ARTIKEL BERKAITAN:“Terkejut! Ingatkan Janna Nick Tadi…” Penampilan Terkini Sherry Al-Hadad Curi Tumpuan

Salma Syahbuddin