Masih Single Diusia ‘3 Series’, Sufian Suhaimi Mula Fikir Untuk Akhiri Zaman Bujang

Sering terpalit dengan soal jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi, mengakui masih single dan mula terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Menurut Sufian, dia tidaklah terlalu mencari walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun, namun dia mula berfikir tentang pasangan hidup kerana rakan-rakannya sudah berkahwin.

“Sekarang ini tidaklah terlalu untuk mencari pasangan. Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin,” katanya.

Selain itu, Sufian juga akur apabila kisah peribadinya sering menjadi perhatian netizen dan dikatakan sedang bercinta dengan seseorang.

Namun, penyanyi Di Matamu itu menjelaskan wanita yang pernah tular di media sosial dan makan bersamanya tersebut hanyalah kawan perempuannya sahaja.

“Kehidupan saya sama sahaja. Saya keluar dengan kawan perempuan dan kebetulan ada satu gambar dirakamkan menjadi viral. Itu asam garam dunia hiburan. Apa boleh buat, terpaksa hadap sahaja,” katanya.

Sumbeer: Mstar

Fatin Nurain