#WhazzupNetizen: 72% Lepasan SPM Tak Sambung Belajar Pilih Jadi Influencer, Heboh Isu Intern Tak Layak Dibayar & Jemaah Indonesia Berdandan Balik Dari Haji

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. 72% Lepasan SPM Tak Sambung Belajar, Pilih Jadi Influencer

Kecoh di media sosial Twitter sejak semalam mengenai statistik kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2019 menunjukkan 72.1 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk tidak menyambung pelajaran dan menjadi seorang pempengaruh.

Isu ini menjadi perhatian orang ramai setelah seorang individu dari negara seberang dikenali sebagai Rayenda Brahmana memuat naik statistik tersebut menerusi ciapan di Twitter miliknya.

“Malaysia menghadapi isu baru. Survey BPS Malaysia menunjukan 72% lulusan SMA/SMK ga mau ngelanjutkan studi. Kenapa? Mereka liat banyak influencers sosmed ga berpendidikan tapi kaya dan terkenal,” tulisnya.

Susulan itu, ramai dalam kalangan warganet Malaysia tampil memberi respons mengenai berita berkenaan yang seakan tidak terkejut jika mereka lebih memilih untuk menjadi seorang pempengaruh.

Perkara tersebut difahamkan bermula setelah ramai pempengaruh dalam tanah air yang memberi kenyataan ‘tidak ada diploma atau ijazah juga boleh berjaya’, dipercayai telah ‘memakan’ pemikiran segelintir lepasan SPM.

Namun begitu, ada juga sesetengah daripada warganet yang berkata kos tinggi kehidupan di tanah air ini menyebabkan rata-rata lepasan SPM lebih menjurus kepada dunia digital daripada meneruskan cita-cita kerana mereka melihat pempengaruh di luar sana menerima bayaran yang banyak.

2. Heboh Isu Intern Tak Layak Dibayar

Sejak semalam, tular mengenai sebuah ciapan panjang yang menyatakan pelajar praktikal tidak layak untuk mendapat elaun telah menimbulkan perbalahan antara warganet.

Sehingga kini, ciapan tersebut menerima hentaman daripada segelintir warganet yang tidak berpuas hati mengenai isu yang dibahaskan oleh pengguna Twitter tersebut.

“Pelajar internship TIDAK dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Akta Kerja hanya melindungi pekerja (dlm kategori yang tertentu) Mereka ni pelajar dan bukan pekerja. Sebab tu duit yang mereka dapat tak dipanggil gaji tapi dipanggil elaun and tak wajib untuk syarikat bagi pun,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan balas ciapan tersebut dibanjiri dengan luahan hati pelajar praktikal yang tidak bersetuju sekiranya ada syarikat yang tidak mahu memberi elauan.

Menurut mereka, kerja yang dilakukan adalah sama dengan pekerja sebenar, malah kadang kala mereka turut dijadikan sebagai ‘kuli’ untuk membuat kerja yang luar bidang serta tidak membawa faedah kepada pembelajaran mereka.

3. Jemaah Indonesia Berdandan Balik Dari Haji

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan sekumpulan jemaah Haji dari Indonesia yang bergaya melaram pakaian glamour semasa dalam penerbangan pulang ke tanah air telah tular di serata media sosial.

Video tersebut memaparkan para jemaah Haji Indonesia seakan gembira bersiap dengan memakai busana yang cantik serta lengkap dengan aksesori seperti barang kemas.

Malah, gaya yang mereka tampilkan itu seolah-olah hendak pergi ke kenduri atau majlis gah.

Namun begitu, perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen yang terkejut melihat perubahan drastik mereka serta tindakan mereka itu dianggap tidak wajar.

Ruangan komen video berkenaan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang seakan mempersoalkan mereka seakan tidak memahami keutamaan menunaikan ibadah Haji.

Namun begitu, ada juga segelintir daripada netizen yang memohon agar semua pihak tidak terus membuat dakwaan kerana yang mengetahui tidak wajar menilai keimanan seseorang hanya dari luaran semata.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

Aqilah Paharuzi