“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Aliff bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan sedang mengusahakan tanaman di kebun miliknya.

Menurut Aliff, hidup di dunia tidak akan lama tetapi dia bersyukur dikurniakan anak-anak sebagai penguat semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.

“Kadang-kadang hidup ni terlalu singkat untuk menyimpan kenangan yang tak boleh diulangi.

“Terima kasih Allah hadirkan aku anak-anak yang baik sebagai peneman dan sahabat. Hidup di dunia ini banyak dugaan, kita kena kuat.

“Jangan peduli apa orang kata, sebab meraka tidak merasa apa yang telah kita lalui,” tulis Aliff.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet memuji cara didikan Aliff terhadap anak-anak dan bersetuju dengannya agar tidak menghiraukan kecaman orang kerana ianya hanya memberikan kesan buruk sahaja.

“Sweetnya Datuk, teringat abah kat kampung.

“Jarang-jarang ayah nak manjakan anak lelaki yang dah besar macam ni sekali, bagus Datuk.”

“Yang kecam Datuk tu stop lah, sebab seorang ibu dan bapa akan rela dikecam, dicaci dan dihina demi anak-anaknya, dia gila ke apa ke yang penting Datuk tahu tanggungjawab sebagai seorang ayah,” tulis netizen.

 

 

Halimey Zamal