Categories: HiburanSelebriti

’Jauhi Jantan Yang Buka Aib Mu’- Bapa Emma Maembong Luah Rasa

Nampaknya isu buka tudung pelakon Emma Maembong tiada kesudahan.

Bapa Emma Maembong, Ismail Embong meluah rasa di Facebook dengan memuatnaik sebuah peringatan.

“ Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” katanya.

Sebilangan besar pengikut pengikut pelukis terkenal ini meninggalkan komen agar bersabar dengan dugaan dari Allah.

Semalam, Emma membuat kenyataan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi berhijab. 

Selepas lima tahun berhijab, Emma mengambil keputusan tidak lagi memakai hijan dan menegaskan keputusannya itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan. 

SGMS Faida