Categories: HiburanSelebriti

Whoah, Nick Jonas Bintangi Jumanji: Welcome To The Jungle!

Pelakon dan penyanyi Nick Jonas mengesahkan bakal membintangi filem The Jumanji: Welcome to the Jungle.

Jonas yang membintangi filem sekuel ini buat kali kedua menerusi Instagramnya memberitahu beliau teruja untuk membawa Alex sekali lagi ke skrin layar lebar. 

 “ Guess who’s back… Let’s go people!.

“ The Jumanji sequel is on the way and I couldn’t be more excited to bring Alex back to the big screen,” he said.

Bakal membawa watak seorang pilot bernama Alex yang terperangkan dalam Jumanji selama 20 tahun, penampilan Jonas ternyata ditunggu-tunggu peminat filem popular itu.

Filem ini turut menampilkan para pelakon seperti Dwayne “The Rock” Johnson, Jack Black, Kevin Hart dan Karen JaGillan, Awkwafina, Danny Glover, and Danny DeVito.

Terdahulu, Jumanji bakal diarahkan oleh Jake Kasdan. Filem terbesar yang menduduki carta ke 43 di dalam sejarah perfileman Hollywood ini pernah mengutip ASD 962. 

Filem yang dihasilkan dari buku Chris Van Allsburg ini pertama kali dihasilkan pada 1995 yang mana pelakon Robin Williams memegang watak utama. Siap sedia untuk menonton Jumanji pada Disember depan, excited! 

SGMS Faida