Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi.

Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda di tanah rancangan itu pada jam 10 pagi setelah selesai dimandikan. 

Bagaimanapun, Mawi kelihatan tenang ketika menyiram air mawar di pusara ibu tercinta. 

Isterinya Nora Asyikin Rahmat sempat berkongsi video rakaman menerusi instagram miliknya.

Memetik laporan Harian Metro, Arwah telah mengalami komplikasi beberapa penyakit termasuk jangkitan kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan di Hospital pada Syawal kelima sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam atas permintaan sendiri.

Terdahulu, Mawi telah kehilangan bapanya, Ani Ahmad, 66, pada tahun 2006  akibat sakit jantung di Institusi Jantung Negara (IJN).

Apapun, kami di Xtra mengucapkan salam Takziah buat Mawi sekeluarga. 

Al-Fatihah.

Salma Syahbuddin