Peminat Super Junior Indonesia Histeria?

Nampaknya konsert jelajah kumpulan K-Pop berpengaruh Super Junior yang bertandang ke Indonesia baru-baru ini mendapat sambutan hangat peminatnya di negara tersebut beberapa hari lalu.

Konsert jelajah yang dipanggil Super Show 7S itu ternyata berjaya mencuri perhatian peminatnya apabila dua dari ahli kumpulan itu iaitu Yaesung, dan Ryeowook sempat berduet bersama penyanyi popular Indonesia, Rossa menerusi lagu Tegar.

Video yang dimuat naik menerusi Youtube salah seorang peminat Rossa yang berdurasi 6 minit ini nampaknya telahpun menerima 381, 078 tontonan sejak ianya dimuat naik pada 15 Jun lepas.
Wow! Bukan main lagi aura yang dibawa oleh kedua-dua oppa ni kan? Peminat siap sing along dan menjerit macam orang histeria lagi.
Nampaknya, gabungan penyanyi berbangsa Korea ini menyanyikan lagu Tegar mendapat pujian rata-rata peminatnya menerusi komen yang ditinggalkan di sosial media.
Bukan itu sahaja, penyanyi Rossa juga turut memuat naik gambar bersama Yaesung, dan Ryeowook dan menulis ucapan ‘We did great!’ di akaun instagram miliknya.
Salma Syahbuddin