Tiket ‘Licin’, 911 Gegarkan Quill Convention Center Sabtu Ini!

Kumpulan vokal popular dari United Kingdom, 911 mengakui teruja tiket konsert 911 The Reunion akan berlangsung pada 22 Jun ini di Quill Convention Center, Kuala Lumpur, habis terjual sejak tiga hari lalu.

911 yang popular sekitar lewat 1990-an dianggotai Lee Brennan, Simon ‘Spike’ Dawbarn dan Jimmy Constable juga tidak sabar menghiburkan peminat mereka di Malaysia selepas kali terakhir ke sini pada tahun 2000.

“Kami dapat tahu tiket sebanyak 1,500 unit habis terjual sejak mula dijual pada 15 April lalu.

“Yang pasti, kami tak sabar nak membuat persembahan menghiburkan peminat-peminat kami di Malaysia,” kata Jimmy.

911 yang popular dengan lagu Bodyshaking dan The Day We Find Love tidak menolak untuk melakukan aksi lincah di pentas walau pun mereka kini sudah berusia lewat 40 an.

“Ya, mengapa tidak? Kami masih boleh melakukan aksi seperti ‘backflip’ dan sebagainya, sama macam kami pernah lakukan dulu.

“Kami harap, konsert ini akan mengembalikan memori peminat-peminat yanv dulu remaja dan sudah dewasa dan masih rindukan kehadiran kami,” kata mereka.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal