Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini.

Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan arahan untuk menutup seluruh sekolah.

“Ni hidung anak dah berdarah, sakit tekak dan sesak nafas pergi hospital pun hospital cakap takde apa biasa la ni ok. Ok?,” soalnya.

Zed Zaidi juga kecewa dengan pihak Kementerian Kesihatan kerana tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Nak tanya Menteri pun rasanya tak payah la sebab dorang bukan tahu sangat pasal kebajikan rakyat asyik politik dan berdrama 24 jam walaupun dah jadi Menteri.

“Dah jadi Menteri pun bodoh hmm…rakyat lagi kesian sebab diperbodohkan selama ini haaiiii…Sayangi Malaysiaku,” akhiri Zed.

Menjengah ruangan komen di Instagram Zed Zaidi, rata-rata pengikutnya menasihatkan agar dia tidak terlalu mengikut perasaan ketika bercakap.

Setakat ini, empat kawasan yang mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat ialah Kuching (214) di Sarawak; Johan Setia (230) di Selangor; Seri Manjung (227), Perak dan Nilai (206), Negeri Sembilan.

Sabarlah ya…

SGMS Faida